Senin, 18 Agustus 2008

SiRaMan RoHaNi

aDab mEmbACa aL-QurAn
Setelah menggosok gigi dengan miswak(sejenis kayu pencuci gigi), dan berwuduk seseorang itu mestilah duduk di suatu tempat yang terpisah dari orang lain dengan keadaan hormat dan rendah diri dan menghadap ke arah Kiblat. Kemudian dengan hati yang penuh perhatian, khusyu' dan girang menyelubungi suasana itu,seseorang itu hendaklah membaca,membayangkan setiap masa bahawa ia sedang membaca al-Qu'ran itu kepada Allah SWT. Jikalau seseorang itu memahami maksudnya, ia hendaklah berhenti seketika dan berfikir bila bertemu dengan ayat yang mengatakan janji baik dan keampunan dan hendaklah memohon kepada-Nya keampunan dan kasih sayang. Tentang ayat mengenai siksa dan amaran, seseorang itu hendaklah meminta perlindungan daripada-Nya, kerana selain daripada-Nya tidak ada lagi Penolong.Tentang ayat yang menyatakan keAgungan dan keMuliaan-Nya seseorang itu hendaklah mengucapkan subhanallah( Allah Yang Maha Suci). Jika ia tidak dapat mengeluarkan air matanya secara sendiri dengan membaca al-Quran, maka ia hendaklah memaksa dirinya supaya menangis sedikit.
Kepada seseorang yang sedang berkasih, saat-saat kemuncak daripada kegembiraannya adalah pada ketika kemunculan kekasihnya itu. Ianya penuh dengan perasaan kesalahan dirinya akan mengalirkan airmata dengan tidak berhenti-henti. Janganlah ia membaca cepat melainkan ia berhasrat untuk menghafalnya. Al-Quran itu hendaklah diletakkan di atas suatu tempat kayu atau bantal.
Janganlah seseorang itu bercakap dengan orang lain ketika membacanya. Jikalau ia terpaksa bercakap dengan orang lain, ini hendaklah dilakukan selepas menutup al-Quran dan kemudiannya membaca ta'awwadh(memohon perlindungan Allah daripada syaitan) sebelum membacanya semula. Jikalau orang ramai di sekeliling sibuk dengan tugas-tugas mereka maka hendaklah dibaca dengan suara rendah jika baiknya dibaca dengan kuat .
Masyaikh telah menyebut enam peraturan secara lahiriyahnya dan enam peraturan secara batiniyah mengenai bagaimana hendak menghormati pembacaan al-Qu'ran yang suci yang diberikan di bawah ini :

Ambil wudhu' dan kemudian duduk menghadap Kiblat dengan cara yang penuh sopan.
Jangan membaca dengan terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.
Cubalah berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya .
Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas .
Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak bacalah dengan suara yang kuat.
Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadith-hadith yang menekankan tentang amalan ini .
Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliannya.
Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya .
Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.
Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita. Pernah satu ketika, Rasululluh SAW berdiri seluruh malam membaca berkali-kali akan ayat berikut: "Jika Engkau mengazabkan mereka, mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampuni mereka, Engkaulah Yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana." Satu ketika Said bin Jubir r.a menghabiskan seluruh malam mengulangi ayat berikut ini:
"Dan berpisahlah kamu pada hari ini, wahai orang-orang yang bersalah."
Hendaklah ada kesan di hati tentang perkara-perkara yang terdapat di dalam potongan-potongan ayat yang dibacakan itu . Misalnya,tentang ayat pengampunan, hati kita hendaklah penuh gembira . Dan tentang ayat yang membawa berita azab ,hati kita hendaklah berasa takut dan gentar .
Telinga kita mestilah dipasang dengan penuh perhatian seolah-olah Allah Yang Maha Berkuasa sendiri berkata-kata kepada kita dan pembaca itu mendengar kepada-Nya. " Semoga dengan belas kasihan dan kemurahan Allah SWT , Dia menganugerahkan kita kebolehan membaca al-Quran dengan adab-adab yang hormat ini.

Tidak ada komentar: